KELANTAN ADALAH NEGERI BAWAH MALAYSIA.
Lapangan Terbang Kota Bharu tiada peruntukan? Tiada alasan bagi kerajaan tidak memberi peruntukan untuk menaik taraf
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan memandangkan ia
merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Malaysia.
Menurut
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, terminal penumpang
dan landasan harus diperbesar kerana jumlah penerbangan di Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra adalah sebanyak 31 penerbangan sehari
berbanding penerbangan Lapangan Terbang Kuantan sebanyak dua penerbangan
sehari.
"Sedangkan di Kota Bharu sekarang ini jumlah
penerbangan adalah 31 penerbangan sehari. MAS enam penerbangan, Airasia
lapan penerbangan, Firefly 13 dan Malindo Air empat penerbangan.
"Tetapi kita (Kelantan) tidak dapat peruntukan untuk memanjangkan
landasan walaupun Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat pengambilan
balik tanah pada tahun 1980-an lagi tapi tanah yang diambil itu hanya
ditanam pokok kelapa sawit sahaja menyebabkan pesawat yang besar seperti
A330 300, B777 200, B747 400 tak boleh turun menyebabkan Lapangan
Terbang Kota Bharu tak boleh dinaik taraf sebagai lapangan terbang
bertaraf antarabangsa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari
ini.
Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS juga
mempersoal keengganan kerajaan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra sedangkan Timbalan Menteri Pengankutan sendiri mengakui
bahawa ia merupakan lapangan terbang yang kedua tersibuk di Malaysia.
"Sekarang landasan di Lapangan Terbang Kota Bharu panjangnya 2,400
meter, lebar 45 meter jadi kita nak minta Kerajaan Pusat panjangkan
menjadi 3,500 meter dan lebar 60 meter bagi membolehkan pesawat yang
lebih besar turun.
"Jumlah pengendalian penumpang di Kota Bharu
tahun 2011 adalah 1,132,345 orang, 2012 meningkat 11 peratus menjadi
1,259,205 orang dan maksimum kapasiti 1.4 juta. Kita jangka 2013 dan
2014 Tahun Melawat Malaysia lapangan terbang jadi padat.
"Timbalan Menteri Pengangkutan sahkan bahawa Kota Bharu adalah yang
kedua paling sibuk di Malaysia. Jadi tak ada alasan kenapa kerajaan tak
mahu perbesar terminal dan panjangkan landasan," katanya.
Justeru beliau menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak
semula Bajet 2014 dan memasukkan peruntukan untuk menaik taraf Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra kerana ia turut menyumbang kepada ekonomi
negara dengan kemasukan pelancong ke Kelantan.
"Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Airasia Tony Fernandes dalam akhbar berkata aan
menjadikan Lapangan Terbang Kota Bharu sebagai hub penerbangan
antarabangsa yang akan menyediakan penerbangan dari Kota Bharu ke Medan,
Singapore, Indochina.
"Jadi atas sebab itu saya minta supaya
kerajaan khususnya perdana menteri mungkin dalam semakan bajet boleh
memasukkan lapangan terbang Kota Bharu untuk dinaik taraf.
"Jangan ketepikan Kelantan kerana Kelantan diperintah oleh parti yang
tak sama dengen federal. Dalam aspek pelancongan, pelancong yang datang
ke Kelantan adalah pelancong yang datang ke Malaysia yang akan
meningkatkan ekonomi negara," katanya..
No comments:
Post a Comment
TQ